Minggu 1:
Pada minggu pertama kami telah diberikan tugasan mengenai Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu. Enjin pencari merupakan sebuah pangkalan data untuk menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Dalam tugasan minggu pertama kami telah membuat dua folder iaitu Alamat Internet dan Katalog Internet. Folder pertama iaitu alamat internet dibahagikan kepada 4 bahagian utama yang perlu dicari iaitu :
i) imej
ii) teks
iii) audio
iv) video
ii) teks
iii) audio
iv) video
Dalam bahagian ini kami mencari URL dan isi pembelajaran yang bersesuaian seperti imej buah-buahan, kenderaan saya dan sebagainya. Setiap bahagian yang dicari memerlukan kami mencari sebanyak 15 halaman URL. Manakala bagi folder yang kedua iaitu katalog internet juga memerlukan kami mencari 4 bahagian utama yang sama iaitu:
i) imej
ii) teks
iii) audio
iv) video
Dalam katalog internet terdapat sedikit perbezaan iaitu setiap tajuk yang dicari memerlukan penerangan ataupun sinopsis. Contohnya :
Tajuk
|
Simpulan
Bahasa
|
URL
|
http://daliah-abadi.blogspot.com/2011/10/babi-buta-makna-berbuat-sesuatu-tanpa.html
|
Sinopsis
|
Beberapa
senarai simpulan bahasa dan maksud simpulan bahasa
|
Hasil pembelajaran daripada minggu pertama ini kami didedahkan tentang pelbagai bahan-bahan dari internet yang boleh dijadikan rujukan atau sebagai bahan pengajaran pada masa akan datang. Antara input yang kami perolehi melalui minggu pertama ini ialah, bahan-bahan yang dicari boleh dijadikan koleksi untuk rujukan pada masa akan datang. Sebagai seorang guru pelatih, wajarlah mempunyai persediaan awal untuk menyimpan bahan-bahan yang berguna. Walau bagaimanapun terdapat sedikit kelemahan pada minggu pertama ini kerana tidak semua bahan yang dicari bersesuaian. Ini kerana terdapat sedikit kekurangan pada informasi yang dikongsikan. Justeru itu, tidak salah sekiranya kita berkongsi sedikit pengalaman di dalam alam maya ini dengan menyediakan beberapa maklumat berguna untuk rujukan kita bersama. Secara tidak langsung ia dapat membantu guru-guru yang memerlukan bahan sebagai rujukan. Pengajaran yang saya perolehi dalam minggu pertama ini dapat membantu saya untuk mencari bahan dan dapat berkongsi ilmu dengan orang lain.
Minggu 2
Pada minggu kedua, tugasan yang kami terima ialah mencari bahan yang bersesuaian mengikut objektif kemahiran seperti membaca, menulis atau kemahiran mendengar dan bertutur yang terkandung dalam dokumen standard KSSR. Kami boleh memilih sama ada menggunakan dokumen KSSR tahun 1, tahun 2, tahun 3 dan tahun 4. Saya telah memilih dokumen KSSR tahun 1. Setiap objektif yang terdapat dalam kemahiran tersebut hendaklah mencari dua bahan pengajaran yang sesuai. Bahan-bahan yang dicari perlu diterangkan kesesuaiannya dengan objektif.
Hasil daripada tugasan minggu kedua ini saya telah memperolehi ilmu yang sangat penting iaitu setiap bahan yang dicari untuk disesuaikan dengan objektif adalah sangat penting. Tujuannya agar bahan yang digunakan berkualiti serta dapat dijadikan panduan semasa mengajar. Tugasan pada minggu kedua ini adalah sangat menguji tahap pemikiran kami untuk meletakkan bahan yang sesuai berdasarkan tiga objektif kemahiran tersebut. Oleh itu, pemilihan bahan yang sesuai adalah sangat penting dan kami telah diberi pendedahan tersebut semasa melakukan tugasan minggu kedua. Bahan-bahan yang sesuai akan dapat membantu proses semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Minggu 3
Hasil pembelajaran yang saya perolehi semasa minggu ketiga ini ialah tentang etika penggunaan internet dan hakcipta. Kami telah diberi arahan untuk menghasilkan satu risalah yang ringkas tentang kedua-dua maklumat tersebut. Tugasan ini menekankan tentang tatacara penggunaan internet yang betul agar tidak disalahgunakan dan juga hakcipta. Melalui kedua-dua perkara tersebut, sedikit sebanyak telah menyedarkan saya agar sentiasa berhati-hati dalam penggunaannya. Oleh itu pendedahan tentang etika dan hakcipta ini adalah sangat penting untuk semua.
Semasa proses menghasilkan risalah saya telah memilih brosur untuk menghasilkan etika penggunaan internet dan powerpoint untuk hakcipta. Hasil daripada tugasan ini, saya telah memperolehi info yang sangat berguna untuk dijadikan panduan. Hal ini, saya dapat menjadikannya sebagai panduan pada masa akan datang. Tugasan dalam minggu ini juga mendidik saya agar menjadi pengguna internet yang berhemah serta tidak plagiat hasil kerja orang lain.
Pendedahan maklumat ini sangat penting agar semua pihak menyedari tanggungjawab masung-masing untuk tidak bertindak membabi buta dalam mencari ilmu di alam maya. Justeru, tugasan ini memberikan saya kesedaran agar bertindak di landasan yang betul.
Minggu 4
Bagi minggu 4, tugasan yang kami perlu selesaikan ialah mengedit video. Sepanjang melaksanakan tugasan ini saya merasakan sangat gembira kerana telah mempelajari satu maklumat penting. Hal ini kerana, maklumat seperti ini dapat diaplikasikan apabila kita mengajar nanti. Semasa melaksanakan tugasan ini kami telah dibimbing dengan baik oleh pensyarah kami iaitu Encik Firdaus Abd Salam. Beliau telah mencadangkan untuk menggunakan wondershare. Kami telah menggunakan video klasik untuk diedit dan menulis lirik lagu tersebut di dalam video yang diedit. Hasil daripada tugasan ini saya telah mempelajari sesuatu yang baru.
Untuk menjadikan video sebagai bahan pengajaran, tidak keseluruhan video tersebut digunakan. Oleh itu, dengan mengeditkan video kita boleh memilih dimana bahagaian yang mana hendak diedit. Bahan ini juga dapat merangsang minda murid agar menjadi lebih kreatif dan inovatf apabila guru menayangkan video. Selain itu bahan seperti ini juga mampu menarik minat murid semasa guru mengaplikasikannya.
Hasil yang saya perolehi daripada tugasan minggu 4, saya memperolehi sesuatu pengalaman baru untuk diterokai dengan lebih lanjut. Mengedit video pada minggu ini adalah sangat menyeronokkan.
Minggu 5
Tugasan minggu kelima ini ialah pembinaan laman atau lebih dikenali sebagai blog. Blog yang dihasilkan ini mengandungi tugasan dari minggu 1 hingga minggu 5. Semasa proses menghasilkan blog kami telah dibimbing oleh pensyarah dengan bantuan rakan kami iaitu Ruddy. Selain itu, minggu kelima ini terdapat tugasan kedua yang perlu kami laksanakan iaitu penghasilan produk dari tahun 1 hingga tahun 6.
Penghasilan produk ini juga haruslah menggunakan alat pengarangnan dan dintegrasikan dengan elemen multimedia seperti teks, animasi, grafik, audio, layout dan interaktif. Penghasilan produk ini dinamakan pakej pembelajaran. Pakej pembelajaran yang dihasilkan adalah berdasarkan dokumen yang tepat.
Hasil daripada melaksanakan dua tugasan dalam minggu kelima, kami telah mendapat sesuatu yang berfeadah seperti menghasilkan blog serta membuat pakej pembelajaran yang boleh juga dijadikan panduan. Selain itu juga, seorang guru haruslah mempunyai sikap yang kreatif,inovasi dan interaktif. Pengetahuan di dalam teknologi maklumat ini adalah perlu untuk dikuasai oleh guru kerana pendidikan kita pada masa kini berubah seiring dengan pembangunan negara. Justeru, seorang guru seharusnya mempunyai kemahiran dalam menggunakan teknologi agar dapat mengaplikasikannya semasa mengajar nanti

Tiada ulasan:
Catat Ulasan