Khamis, 4 September 2014


Selamat Datang Ke Laman Sesawang Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer





Indah sungguh ciptaan Tuhan,
Mentari merah di waktu senja,
Salam sejahtera saya ucapkan,
Sebagai tanda pembuka bicara.                           

Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer adalah kursus major untuk Pelajar Program Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian ( Bahasa Melayu Sekolah Rendah). 

Pada era globalisasi ini, pendidikan di negara kita berkembang sejajar dengan pembangunan.  Jika dulu, guru hanya "chalk and Talk" kini penggunaan komputer banyak ditekankan.  Penggunaan bahan-bahan ini banyak membantu guru semasa pengajaran dan pembelajaran.  Bahan-bahan yang dipelbagaikan dapat membantu guru untuk menarik minat murid semasa pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu pembinaan laman ini direka khas untuk rujukan bersama oleh warga pendidik.  Selain itu laman ini juga  merupakan tugasan projek untuk pelatih PISMP semester 3 opsyen Bahasa Melayu.

Antara bahan-bahan yang terdapat dalam laman ini terdiri daripada alamat internet, katalog internet, bahan-bahan PdP untuk kemahiran bahasa, garis panduan penggunaan internet, contoh video yang telah diedit dan pakej pembelajaran.  Justeru, diharap laman yang diwujudkan ini memberi manfaat kepada para pembaca dan dijadikan sebagai bahan rujukan dan panduan.

Senarai Pautan :